Trending
  1. PROGRAM TAUTAN UKHUWAH & RIADAH UBUDIAH SIRI KE-16 2026
  2. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M
  3. SELAMAT HARI GURU DARI USRATUL HUFFAZ
  4. UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM DARI USRATUL HUFFAZ MALAYSIA
  5. HEBAHAN | UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI USRATUL HUFFAZ MALAYSIA 1447H / 2026M
  6. JOHAN HAFAZAN AL QURAN KATEGORI JUZ 1-20
  7. PERLANTIKKAN PELAKSANA OPERASI KELAS TAHFIZ AL HUFFAZ
  8. PERLANTIKKAN PENYELARAS DIVISI BAHAGIAN TAHFIZ AL HUFFAZ HUJUNG MINGGU
  9. PERLANTIKKAN TIMBALAN PENGURUS BESAR DIVISI PUSAT USRATUL HUFFAZ
  10. SUMBANGAN DERMA KILAT AHMAD NUR IRFAN
  11. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025
  12. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2025
  13. KEJAYAAN ANAK KELUARGA HUFFAZ GENERASI KE-4 ✨
  14. PENGUMUMAN RASMI MQSS PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
  15. PENYERTAAN ANAK-ANAK KELUARGA HUFFAZ DALAM PERTANDINGAN MEMANAH FESTIVAL OWL916 2025
  16. PEMASANGAN DUA SET KHEMAH 10X10 DI RANGE MEMANAH BUKIT RAMBAI
  17. PENYERTAAN ANAK-ANAK KELUARGA HUFFAZ DALAM PERUJIAN MEMANAH SIRI 2 2025
  18. CABARAN MEMANAH 3D MALQA DI KAMPUNG ULU DUYUNG
  19. KEJOHANAN MEMANAH ANTARABANGSA MUSLEH 2023 (MUSLEH INTERTATIONAL STUDENT TRADITIONAL ARCHERY CHAMPIONSHIP 2023)
  20. KEJOHANAN SUKAN NASIONAL SEKOLAH IKRAM MUSLEH 2024 (KESUNAS24)
  21. KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025
  22. JEMPUTAN CERAMAH & BENGKEL TEORI MEMANAH DAN PRAKTIKAL MEMANAH DI SMK PADANG TEMU, MELAKA
  23. MAJLIS HUFFAZ BERSELAWAT SEMPENA AKHIR TAHUN 2024
  24. PERTANDINGAN MEMANAH MINI GAME SEMPENA MERAIKAN ANAK-ANAK KELUARGA HUFFAZ ANJURAN PERSATUAN KOMPANG KAMPUNG SOLOK MUSAI
  25. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2024/2025
Image Banner

PROGRAM TAUTAN UKHUWAH & RIADAH UBUDIAH SIRI KE-16 2026

PROGRAM TAUTAN UKHUWAH & RIADAH UBUDIAH SIRI Ke-15 2026 Khas Buat Penggerak Utama Keluarga Huffaz & Anak-anak Keluarga Huffaz
Tradisi Ukhuwah Anak-anak Keluarga Huffaz Sejak Tahun 2020

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah, program Tautan Ukhuwah & Riadah Ubudiah merupakan sebuah program tradisi Keluarga Huffaz yang telah mula dijalankan sejak tahun 2020 ketika musim PKP lagi.

Program ini pada asalnya dicadangkan oleh anak-anak Keluarga Huffaz generasi ketiga dan keempat yang menginginkan satu medium khas untuk menghimpunkan anak-anak Huffaz dalam suasana ukhuwah, kerohanian dan kekeluargaan. Cadangan tersebut kemudiannya dilaksanakan dan digerakkan oleh Muallim Haziq selaku pimpinan utama Keluarga Huffaz pada ketika itu.

Pada peringkat awal iaitu Siri pertama program ini dijalankan secara tertutup dengan penyertaan sekitar 15 orang sahaja dan rumah Muallim Haziq dijadikan medium utama tempat berkumpul dan penginapan. Kemudian dilanjutkan dengan aktiviti berukhuwah dan menjalankan aktiviti kerohanian serta riadah di tempat-tempat lain seperti di Court Badminton & Futsal batu berendam serta dikawasan2 yang mempunyai alam yang cantik untuk pengisian kerohanian.

Sejak tahun 2020 sehingga hari ini, program tradisi ini telah berjaya diteruskan setiap tahun.

Dan bagi tahun 2026, program ini diteruskan lagi sebagai salah satu siri yang terbesar dalam sejarah penganjurannya program ini bersama penggerak utama keluarga huffaz dan anak-anak Keluarga Huffaz.

Program ini kebiasaannya akan diadakan pada musim cuti sekolah panjang atau ketika anak-anak Huffaz generasi lama yang sedang melanjutkan pengajian di universiti pulang bercuti semester. Tradisi ini diteruskan agar ukhuwah antara generasi lama dan generasi baru Keluarga Huffaz sentiasa terjalin, saling mengenali dan tidak terputus walaupun masing-masing sudah berada di haluan kehidupan yang berbeza.

Dari tahun ke tahun, program ini terus berkembang dan pernah dijalankan di beberapa lokasi sebagai tempat berkumpul dan menjalankan sedikit aktiviti ditempat itu seperti:
• Rumah Muallim Haziq
• ⁠Surau Al Aman, Kg Solok Musai
• Homestay Rumah Kayu
• Cabin Resort Jasin
• Hotel Super Cowboy
• ⁠Hotel Platinum
• ⁠Reviera Suite Melaka
• Dan kini buat pertama kalinya diadakan di Gisb Ecotaurism Resort Ulu Yam, Selangor.

Program ini diwujudkan bagi:

- Melatih diri merancang aktiviti dalam program secara bersama setelah menyatakan diri untuk sertai
- Belajar mengurus diri, membentuk akhlak dan melatih adab sambil beraktiviti
- Mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Huffaz
- Menghubungkan kepimpinan utama dan penggerak utama Keluarga Huffaz dengan anak-anak Keluarga Huffaz
- Membentuk semangat saling menjaga antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga besar Huffaz
- Melahirkan generasi pelapis kepimpinan Usratul Huffaz pada masa hadapan yang akan meneruskan program ukhuwah seperti ini
- Memastikan tradisi kekeluargaan dan ukhuwah terus diwarisi dari satu generasi ke satu generasi seterusnya.

Walaupun program ini melibatkan muslimin dan muslimat/banin/banat, pihak pengurusan tetap menitikberatkan:
- Penjagaan aurat
- Penjagaan batas pergaulan lelaki dan wanita
- Tiada unsur pergaulan bebas
- Aktiviti yang terkawal serta berteraskan ukhuwah dan kerohanian.
- Pihak Usratul Huffaz juga menyeru dan mengajak seluruh ibubapa Keluarga Huffaz yang terbuka mahu memberi pengalaman kepada anak-anak Keluarga Huffaz anda untuk memberi peluang serta menyokong anak-anak menyertai program tradisi ini demi meneruskan lagi semangat ukhuwah dan kekeluargaan dalam institusi Keluarga Huffaz ini.

Anak-anak inilah yang bakal menjadi pelapis, penyambung perjuangan serta penerus kepada kepimpinan Usratul Huffaz pada masa akan datang. Melalui program seperti ini, mereka bukan sahaja dapat berkenalan dan membina ukhuwah, malah belajar tentang adab, kepimpinan, tanggungjawab, nilai kekeluargaan dan semangat saling menjaga antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga besar Huffaz.

Program ini bukan sekadar aktiviti santai dan riadah, tetapi menjadi simbol penyatuan, kasih sayang dan kekuatan hubungan dalam institusi Keluarga Huffaz agar semua anak-anak Keluarga Huffaz sentiasa merasa bahawa mereka berada dalam sebuah keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Muafakat Membawa Berkat, Huffaz Penyatu Ukhuwah Dalam Sunnah.” 

MORE

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M

Update 27 Mei 2026 - Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita tentang pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT dengan penuh keikhlasan.

Allah SWT memilih Nabi Ibrahim AS menjadi imam kepada manusia setelah baginda berjaya menghadapi ujian yang sangat besar, termasuk ketika diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail AS. Tatkala kedua-duanya menyerah diri kepada Allah dengan penuh taat dan ikhlas, Allah SWT menggantikan Ismail AS dengan sembelihan yang besar.

Daripada peristiwa inilah lahirnya ibadah korban yang kita laksanakan sehingga hari ini bukan sekadar ritual, tetapi lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan seorang hamba kepada Tuhannya.

“Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk dalam kalangan orang yang sabar.”
(Surah As-Saffat : 102)

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Tidak ada amalan anak Adam pada hari raya korban yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih korban.”
(Riwayat Tirmizi)

Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan kerana Allah tidak akan sia-sia. Kadang-kadang kita perlu mengorbankan ego, masa, harta, perasaan dan kepentingan diri demi mencari redhanya.

Dalam masa yang sama, marilah kita sama-sama mendoakan saudara-saudara Islam kita yang sedang diuji di seluruh dunia, khususnya di Palestin. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, keselamatan dan kemenangan buat mereka yang dizalimi.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, menguatkan ukhuwah dan mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد.

Ikhlas daripada:

Usratul Huffaz Malaysia
Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz Harmoni Group
Seluruh Ahli Keluarga Huffaz

MORE

SELAMAT HARI GURU DARI USRATUL HUFFAZ

Update 16 Mei 2026 - Ucapan Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru buat seluruh insan pendidik yang telah banyak berkorban demi mendidik anak bangsa dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang.

Seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak, membimbing kehidupan serta menjadi asbab lahirnya generasi yang beriman, berilmu dan berbakti kepada agama serta negara.

Terima kasih atas setiap penat lelah, doa, teguran dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengenal jemu. Segala jasa para guru amat besar nilainya dan tidak mampu dibalas dengan harta benda.

Semoga seluruh pendidik sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan, keberkatan umur serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah mendidik ummah.

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Dengan setulus ikhlas daripada:
Usratul Huffaz Malaysia
Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz Harmoni Group
Serta Seluruh Ahli Keluarga Huffaz

MORE

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM DARI USRATUL HUFFAZ MALAYSIA

UPDATE 31/3/2026 - UCAPAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM DARI USRATUL HUFFAZ MALAYSIA

Tahniah buat semua pelajar yang menerima keputusan SPM 2025 hari ini.

Alhamdulillah… setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas segala usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan ini.

Jangan pernah lupa di sebalik setiap kejayaan yang kalian kecapi hari ini, ada doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa, ada didikan dan pengorbanan guru-guru, serta ada kasih sayang insan sekeliling yang sentiasa menyokong. Maka hargailah mereka, dan yang paling utama bersyukurlah kepada Allah atas setiap nikmat yang diberikan.

Ingatlah…keputusan hari ini bukan titik akhir, tetapi hanya satu persinggahan dalam perjalanan hidup. Hidup ini ibarat sebuah pelayaran ada yang berlayar dengan angin yang tenang, ada yang diuji dengan ombak dan badai. Namun destinasi tidak ditentukan oleh permulaan, tetapi oleh kesungguhan untuk terus mengemudi hingga ke penghujung.

Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, jangan alpa itu adalah amanah dan ujian juga. Bagi yang belum mencapai apa yang diharapkan, jangan berputus asa mungkin ini cara Allah mengatur langkah yang lebih baik untuk masa depanmu.

Kerana hakikatnya, bukan semua bunga mekar pada waktu yang sama… ada yang lambat berkembang, tetapi akhirnya menjadi yang paling harum dan indah.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Bulatkan tekad, perkuatkan azam, dan gantungkan harapan hanya kepada Allah.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
(Surah Ali Imran : 159)
“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.”

Tahniah buat semua anak-anak yang mengambil keputusan SPM 2025 hari ini. Apa pun keputusan anda, itu bukan penentu nilai diri tetapi permulaan untuk membina masa depan yang lebih bermakna.

Teruskan melangkah… kerana jalan kejayaan masih luas terbentang di hadapan.

Daripada
Usratul Huffaz Malaysia
Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz

MORE

HEBAHAN | UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI USRATUL HUFFAZ MALAYSIA 1447H / 2026M

UPDATE 21/3/2026 - HEBAHAN | UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI USRATUL HUFFAZ MALAYSIA 1447H / 2026M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, pihak pengurusan serta seluruh ahli keluarga Usratul Huffaz Malaysia ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 

Buat semua keluarga Huffaz di mana jua berada yang dekat mahupun jauh, yang bersama secara zahir atau hanya terikat di hati… kita tetap satu keluarga Huffaz , fillah.

Semoga madrasah Ramadan yang telah kita lalui bukan sekadar singgah, tapi meninggalkan kesan upgrade iman, reset hati, dan perbaiki hubungan kita dengan Allah.
Moga kita semua dipilih lagi untuk bertemu Ramadan القادم, insyaAllah 

Ramadan pergi, Syawal menjelma,
Hati tenang penuh makna,
Aidilfitri hari mulia,
Maaf dipohon atas segalanya.

Langkah kaki pulang ke desa,
Hati rindu pada keluarga,
Walau jauh berbeza suasana,
Doa tetap menyatu jiwa.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
من العائدين والفائزين
كل عام وأنتم بخير 

Akhir kata, jika ada salah silap, terkasar bahasa, tersentuh rasa kami mohon maaf sepenuh hati… maaf zahir & batin.

Ikhlas daripada:
Usratul Huffaz Malaysia
Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz

MORE

Image News
Image News

Image Banner