11-Dec-2025
YURAN & SYARAT KEAHLIAN USTRATUL HUFFAZ
1. AHLI REMAJA (7 – 17 Tahun)
Kategori merangkumi kanak-kanak & remaja.
Syarat Keahlian
- Warganegara Malaysia.
- Beragama Islam.
- Berumur 5 – 17 tahun.
- WAJIB mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga.
- Borang persetujuan ibu bapa/penjaga mesti ditandatangani (softcopy / e-signature).
- Mengisi borang pendaftaran rasmi serta memuat naik MyKid / MyKad.
- Bersedia mematuhi peraturan Usratul Huffaz & arahan dari masa ke semasa.
Yuran Keahlian (Seumur Hidup)
- RM50 sahaja
- Ibu bapa/penjaga yang mendaftarkan anak akan menjadi Ahli Usratul Huffaz secara PERCUMA.
2. AHLI Biasa (18 Tahun ke atas)
Syarat Keahlian
- Warganegara Malaysia.
- Beragama Islam.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Aqil baligh mengikut Hukum Syarak.
- Mengakui serta taat kepada visi, misi dan peraturan Usratul Huffaz.
- Mengisi borang pendaftaran rasmi dan memuat naik MyKad.
Yuran Keahlian (Seumur Hidup)
A. Dewasa Berkahwin
- RM100 seumur hidup
- Isteri memperoleh keahlian PERCUMA secara automatik.
(Hanya isi borang maklumat untuk rekod & ID ahli.)
B. Dewasa Bujang
i. RM100 seumur hidup
3. PENYERTAAN DALAM GROUP WHATSAPP KELUARGA HUFFAZ & CHANNEL TELEGRAM (WAJIB)
Semua ahli yang berdaftar akan dimasukkan ke dalam Group Whatsapp Keluarga Huffaz sebagai platform komunikasi rasmi dan komuniti.Peraturan Group Keluarga Huffaz
- Semua ahli WAJIB berada dalam group komuniti ini untuk menerima maklumat, pengumuman, perkongsian dari komuniti & jaringan manfaat.
- Tidak dibenarkan keluar daripada group tanpa kebenaran atau tanpa memberikan apa-apa makluman.
- Jika ahli keluar secara sengaja, atau keluar tanpa sebarang makluman, maka:
❗ Keahlian akan terbatal secara automatik. ❗ ❗
❗ Ahli tersebut dianggap keluar daripada Keluarga Huffaz.❗❗
- Permohonan untuk masuk semula perlu melalui proses permohonan rasmi dan bergantung kepada kelulusan jawatankuasa induk.