:
DIVISI PUSAT PENTADBIRAN USRATUL HUFFAZ


PUSAT PENTADBIRAN USRATUL HUFFAZ & BARISAN HADAPAN PENGGERAK UTAMA KELUARGA HUFFAZ

1) Fungsi Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz

Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz merupakan teras utama kepimpinan, perancangan dan kawalan bagi keseluruhan ekosistem organisasi. Ia berfungsi sebagai pusat yang menentukan hala tuju, visi dan misi serta menjadi tempat segala keputusan strategik dibuat dan diselaraskan. Di dalam struktur ini, Core Team merupakan sebahagian daripada Pusat Pentadbiran yang berada di bawah satu bumbung yang sama dan turut terlibat dalam proses membuat keputusan serta pelaksanaan dasar organisasi. Core Team mengurus aspek operasi utama seperti pentadbiran, kewangan, pemasaran, sumber manusia serta tarbiah dan syariah, sekali gus memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Pusat Pentadbiran bersama Core Team bergerak sebagai satu kesatuan yang memastikan kestabilan, kesinambungan dan perkembangan Usratul Huffaz sentiasa terjaga.


2) Fungsi Pemangku Usratul Huffaz

Pemangku Usratul Huffaz merupakan individu yang memegang amanah sebagai pengganti sementara kepada Pengarah Urusan selaku kepimpinan tertinggi sekiranya berlaku keadaan seperti masalah kesihatan yang serius, kemalangan atau kematian. Peranan ini sangat penting bagi memastikan organisasi tidak terhenti dan terus bergerak dalam keadaan stabil. Pemangku bukan sahaja mengambil alih tanggungjawab kepimpinan apabila diperlukan, malah bertanggungjawab melatih dan membimbing Core Supporters sebagai kandidat kepada jawatan Pemangku dan Pengarah Urusan pada masa hadapan. Pemangku perlu memiliki kemahiran, keupayaan dan tahap kepimpinan yang setara dengan Pengarah Urusan serta berusaha menambah baik kelebihan tersebut agar Usratul Huffaz terus berkembang, maju dan terpelihara kesinambungannya.

a. Fungsi Core Supporters Usratul Huffaz

Core Supporters terdiri daripada tiga individu terpilih yang merupakan kandidat rasmi kepada jawatan Pemangku dan seterusnya menjadi pelapis utama kepada Pengarah Urusan. Mereka dibentuk sebagai barisan pewaris kepimpinan tertinggi yang sedang melalui proses latihan dan pembangunan secara langsung di bawah pemantauan kepimpinan utama. Peranan mereka adalah untuk memahami keseluruhan sistem, struktur dan gerak kerja organisasi secara menyeluruh agar mampu mengambil alih tanggungjawab kepimpinan apabila diperlukan. Kedudukan mereka bukan sekadar sebagai penyokong, tetapi sebagai individu yang sedang dipersiapkan untuk memastikan kesinambungan kepimpinan Usratul Huffaz sentiasa terjamin.


4) Fungsi Barisan Hadapan Penggerak Utama Usratul Huffaz

Barisan Hadapan Penggerak Utama Usratul Huffaz merupakan lapisan yang melaksanakan gerakan sebenar organisasi di lapangan. Ia menjadi penghubung antara perancangan yang dibuat di peringkat pusat pentadbiran dan pelaksanaan dalam masyarakat. Barisan ini memastikan setiap visi dan misi organisasi diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang memberi kesan secara langsung. Struktur ini dibahagikan kepada Internal Division, External Division dan Badan Sokongan bagi memastikan gerakan organisasi dapat berkembang secara meluas, tersusun dan fleksibel mengikut keperluan semasa.

a. Internal Division Usratul Huffaz

Internal Division merupakan divisi yang ditubuhkan secara langsung oleh Pengarah Urusan dan diletakkan di bawah Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz. Divisi ini berfungsi sebagai cawangan rasmi organisasi yang dikawal selia oleh pusat dan diurus oleh Penyelaras Divisi atau pengurusan tertinggi seperti Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar. Apabila seorang Penyelaras Divisi dilantik, beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus, membangunkan dan memperkukuhkan divisi tersebut termasuk menjaga nama baik Usratul Huffaz serta mengembangkan pengaruhnya di peringkat negeri. Internal Division menjadi representasi rasmi kepada pusat pentadbiran dalam membawa identiti dan kekuatan organisasi ke lapangan.

b. External Division Usratul Huffaz

External Division merujuk kepada individu atau organisasi luar yang secara sukarela menjalinkan kerjasama rasmi dengan Usratul Huffaz melalui penggunaan lesen atas nama Huffaz. Mereka mendaftarkan syarikat masing-masing di bawah SSM dengan menggunakan nama yang bermula dengan Huffaz dan seterusnya bergabung di bawah naungan Pusat Pentadbiran. Dalam kerjasama ini, pemilik syarikat bertindak sebagai Ketua Divisi dan mengurus sepenuhnya operasi dalaman tanpa campur tangan pusat pentadbiran. Kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak di mana External Division menyumbang sekurang-kurangnya lima belas peratus daripada keuntungan kepada Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz secara sukarela, dan sebarang tambahan adalah bergantung kepada budi bicara pihak tersebut.

Sebagai balasan, Usratul Huffaz memberikan sokongan dari segi jenama, membantu promosi secara asas serta menyebarkan maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan External Division melalui platform rasmi organisasi. Setiap divisi ini juga akan dipromosikan secara berterusan oleh anggota pusat pentadbiran dalam pelbagai program dan pergerakan. Selain itu, Core Teams dari Pusat Pentadbiran Usratul Huffaz turut menyumbang dalam penghasilan kandungan yang akan digunakan sebagai bahan hebahan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat serta komuniti keluarga Huffaz. External Division dalam konteks ini bukan sekadar rakan kerjasama, tetapi menjadi sebahagian daripada kekuatan jaringan Usratul Huffaz. Selain itu, External Division mestilah dapat memberikan kelebihan kepada komuniti Keluarga Huffaz agar memberikan kelebihan kepada ahli keluarga Huffaz untuk apa manfaat yang boleh diberikan.

c. Badan Sokongan Usratul Huffaz

Badan Sokongan merupakan kumpulan individu yang tidak terikat secara tetap dalam mana-mana struktur utama tetapi sentiasa bersedia untuk membantu apabila diperlukan. Mereka memainkan peranan sebagai tenaga tambahan yang menyokong pelaksanaan program, kelas dan aktiviti sama ada di peringkat pusat pentadbiran mahupun di peringkat divisi. Penglibatan mereka adalah berdasarkan kelapangan masa dan keperluan semasa, di mana pihak organisasi akan berhubung dengan mereka apabila bantuan diperlukan. Kehadiran Badan Sokongan memberikan fleksibiliti kepada Usratul Huffaz dalam menggerakkan program dengan lebih lancar dan responsif mengikut situasi.


5) Rumusan Sistem Usratul Huffaz

Secara keseluruhannya, Usratul Huffaz menggunakan sistem pengurusan berpusat yang diperkukuhkan dengan jaringan divisi dan kerjasama strategik. Pusat Pentadbiran bersama Core Team bertindak sebagai pusat kawalan dan pembuat keputusan, manakala Pemangku dan Core Supporters memastikan kesinambungan kepimpinan sentiasa terpelihara. Barisan Hadapan pula menggerakkan operasi melalui Internal Division sebagai cawangan rasmi, External Division sebagai rakan kerjasama berlesen yang menggunakan nama Huffaz dan Badan Sokongan sebagai tenaga fleksibel. Sistem ini membentuk satu model organisasi yang menggabungkan kawalan pusat, pengembangan melalui jaringan serta sokongan komuniti bagi memastikan pertumbuhan yang stabil, tersusun dan berterusan.