:
PENGGERAK UTAMA KELUARGA HUFFAZ


Struktur Organisasi Penggerak Utama Keluarga Huffaz

"Muafakat Membawa Berkat | Huffaz Penyatu Ukhuwah Dalam Sunnah"

Selamat datang ke laman rasmi Huffaz.
Dengan penuh rasa syukur, kami memperkenalkan barisan Penggerak Utama Keluarga Huffaz — individu-individu berdedikasi yang menerajui, mengurus dan menggerakkan misi pendidikan, tarbiah dan dakwah kami.

🔹 Penasihat & Pengarah Urusan

Muallim Ahmad Haziq
Sebagai tonggak utama Huffaz, beliau bertanggungjawab:

  1. - Menjadi tunjang utama dalam menyusun arah dan hala tuju Keluarga Huffaz.
    - Memberi nasihat strategik dan panduan kepada seluruh pasukan penggerak.
    - Menjaga kesatuan visi dan matlamat dakwah serta pembinaan generasi Huffaz.
    - ⁠Meramaikan keahlian Huffaz dalam dan luar negeri.
    - ⁠Menjadi penghubung utama antara keluarga huffaz dan penggerak utama keluarga Huffaz.
    - ⁠Mencari dana dan menguatkan kekuatan Huffaz dalam dan luar negeri dengan pelbagai cara sekalipun.

🔹 Pengurus Besar

Coach Kamal Naqib (pelantikan sementara semasa cuti semester)
Fungsi beliau termasuk:

  1. - Menyelia dan menyelaras keseluruhan pentadbiran dan pelaksanaan kelas, event dan program.
    - Mengurus pasukan penggerak utama keluarga Huffaz serta menjadi penghubung antara penasihat, divisi, dan tenaga pengajar.
    - Bertindak proaktif dalam memastikan kelangsungan dan kecemerlangan gerak kerja Huffaz.
    - ⁠Memastikan perjalanan setiap kelas, event dan program berjalan lancar.
    - ⁠Memastikan perkembangan positif dan mengambil cakna daripada setiap anak-anak keluarga Huffaz yang menyertai program, memanah dan tahfiz.
    - ⁠Mendapatkan pandangan daripada penasihat sebelum mengumumkan keputusan yang hendak di buat.

🔹 Ketua Divisi

Kami melantik tiga individu utama untuk menerajui bahagian khusus:

1. Muallim Luqman

Ketua Divisi Huffaz Archery & Ketua Divisi Huffaz FnB

  1. - Membangun semangat fizikal dan sahsiah melalui aktiviti memanah sunnah.
    - ⁠Memastikan Huffaz archery mendapatkan perkembangan yang positif dan bukan sekadar kelas dan shoot semata tapi membawa kearah kemajuan insaniah dan kemajuan yang tinggi dari setiap pemanah.
    - ⁠Menyampaikan ilmu secara efektif dan berteraskan nilai Islam.
    - Membangun karakter pelajar secara menyeluruh dari segi rohani, akhlak dan intelektual.
    - Menjadi contoh teladan dalam adab dan dakwah melalui pengajaran dalam memanah
    - ⁠Juga menjadi gerakkan yang membantu dan menyokong dalam setiap acara, event, program, kelas dan lain-lain berkaitan pergerakkan Huffaz.
    - Mengurus inisiatif keusahawanan bahagian (FnB) sebagai sumber kewangan berdikari ahli Huffaz.

2. Muallimah Wani

Ketua Divisi Huffaz Harmoni Education Group

  1. - Menyelia program pendidikan, kelas akademik dan tarbiah dalam Huffaz Harmoni Education Group.
    - Mengatur modul dan perjalanan pembelajaran yang berteraskan nilai Islam dan kecemerlangan ilmu.
    - ⁠Memastikan kelas dapat dijalankan dengan baik seperti yang telah diaturkan oleh Bekas Ketua Divisi iaitu Muallim Ameen.
    - ⁠Mengemaskini semua perkembangan laporan pelajar dalam sistem yang sebelum ini digunakan oleh Pokde Ammar untuk update perkembangan pelajar.
    - ⁠Menyampaikan ilmu secara efektif dan berteraskan nilai Islam.
    - Membangun karakter pelajar secara menyeluruh dari segi rohani, akhlak dan intelektual.
    - Menjadi contoh teladan dalam adab dan dakwah melalui pengajaran dalam tahfiz & memanah
    - ⁠Juga menjadi gerakkan yang membantu dan menyokong dalam setiap acara, event, program, kelas dan lain-lain berkaitan pergerakkan Huffaz.

3. Uncle Faizun

Ketua Divisi Huffaz Healthcare & Pemangku Huffaz

  1. - Mengurus dan memantau kesihatan mental, fizikal dan spiritual kepada yang memerlukan khidmat Huffaz untuk dirawat.
    - ⁠Mengurus inisiatif keusahawanan bahagian rawatan komplementari sebagai sumber kewangan berdikari ahli Huffaz.
    - Bertindak sebagai Pemangku Huffaz, menggantikan Pengurus Besar dan pengarah urusan apabila darurat.
    - ⁠Menyampaikan ilmu secara efektif dan berteraskan nilai Islam.
    - Membangun karakter pelajar secara menyeluruh dari segi rohani, akhlak dan intelektual.
    - Menjadi contoh teladan dalam adab dan dakwah melalui pengajaran dalam memanah
    - ⁠Juga menjadi gerakkan yang membantu dan menyokong dalam setiap acara, event, program, kelas dan lain-lain berkaitan pergerakkan Huffaz.

🔹 Tenaga Pengajar Rasmi

Barisan pendidik profesional yang menyampaikan ilmu dan membentuk akhlak:

  1. Coach Nur Haziqah

  2. Coach Aqil Azeeb

  3. Muallim Iman

  4. Muallim Ariffudin

  5. Muallim Dzul Afdlin

Fungsi mereka:

  1. - Menyampaikan ilmu secara efektif dan berteraskan nilai Islam.
    - Membangun karakter pelajar secara menyeluruh dari segi rohani, akhlak dan intelektual.
    - Menjadi contoh teladan dalam adab dan dakwah melalui pengajaran.
    - ⁠Badan gerakkan yang membantu dan menyokong dalam setiap acara, event, program, kelas dan lain-lain berkaitan pergerakkan Huffaz.

🔹 Core Supporters (Badan Sokongan Intelligent)

  1. Sdr Shahfahren

  2. Sdr Ahmad

Peranan mereka:

  1. - Bertindak sebagai tulang belakang yang membantu operasi dalam senyap .
    - Berperanan memberi kekuatan secara senyap kepada Penasihat & Pengurus, tanpa menonjol ke hadapan.
    - Antara tunjang utama yang menyokong gerakan Huffaz secara intelligent.

🔹 Supporters (Badan Sokongan Penting)

  1. Muallim Ameen

  2. Pokde Amar

  3. Muallim Ammar

  4. Anak-anak Keluarga Huffaz (SPM & Lepasan SPM)

Peranan:

  1. - Menyokong secara aktif dalam misi, program, aktiviti, dan promosi Huffaz ketika ada kelapangan.
    - Bergerak membantu apabila diperlukan dan berkelapangan.
    - Menjadi sosok pelengkap kekuatan dalam program yang kecil, besar dan umum keluarga Huffaz ketika berkelapangan.

Amanah Ini Suatu Perjuangan

Kami percaya bahawa tugas mendidik bukan sekadar kerja, tetapi amanah dan jihad dalam menyampaikan risalah Ilahi.
Setiap anggota Penggerak Utama Keluarga Huffaz bukan hanya penyelaras atau pelaksana, mereka adalah pendidik generasi Al-Quran, penyuluh ummah, dan penerus warisan Nabi SAW.

Kami berdoa agar setiap langkah yang kami ambil diiringi keberkatan dan redha Allah. Terima kasih atas sokongan anda kepada Huffaz.

            "Kami tidak bekerja kerana gaji, kami bergerak kerana Allah."
               "Mendidik dengan kasih, membimbing dengan sunnah."